Pengganti Najib sama sahaja selagi ianya orang Umno/BN


Sehari dua ini heboh pasal adanya desakan dari dalam Umno supaya Najib meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri. Antara kalangan ahli Umno yang lantang mengkritik kerajaan pimpinan Najib. 


Dua orang bekas menteri dan pimpinan kanan Umno iaitu Tengku Razaleigh Hamzah dan Kadir Sheikh Fadzir. Kedua-duanya sekarang sedang memimpin sebuah NGO yang dinamakan Amanah secara terang-terang mengkritik Najib dalam ucapan mereka ketika pelancaran NGO Amanah baru-baru ini.

Selain itu media juga melaporkan Pertubuhan Bekas-Bekas Ahli Parlimen (Penawar) yang dipimpin oleh Aziz Shamsudin juga dikatakan mendesak Najib meletakkan jawatan, tetapi semalam Aziz menafikan sekeras-kerasnya laporan tersebut.

Tetapi apa yang pasti sebuah group Facebook yang menamakan dirinya 100,000 menggesa Najib meletakkan jawatan telah dilancarkan dan lebih dari 200,000 penggemar Facebook telah menyokong gesaan supaya Najib berundur. 

Walaupun apa pun yang berlaku selepas ini, rakyat Malaysia harus sedar dan wajib sedar bahawa jika Najib berundur dan meletakkan jawatan siapa pengganti beliau. Ini kerana perangai dan sistem yang akan diamalkan oleh pengganti Najib akan tetap sama dengan Najib selagi penggantinya tetap dari Umno/BN. Maknanya jika Muhyiddin menggantikan Najib, beliau 2 X5, 5X2 sahaja sama dengan Najib.

Selagi Umno/BN memerintah selagi itulah Islam dipinggirkan, rasuah, kronisme, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan sebagainya akan terus dipertahankan.

Oleh itu apa yang pasti rakyat Malaysia mesti bekerja kuat untuk mendapat pengganti Najib bukan dari kalangan Umno/BN tetapi dari Pakatan Rakyat. Jadi seluruh rakyat mesti memastikan PR menang pada PRU 13 nanti untuk mengubah negara kita menjadi sebuah negara berkebajikan yang telus, adil, selamat dan sejahtera.

Comments

Anonymous said…
Umno tetap pejuang agama Islam & bangsa Melayu. Klu nk harapkn PR, habis la Melayu & lemah la Islam. Bukti nye, sejak PR menang byak kerusi Parlimen & Dun, Melayu semakin berpecah, hak keistimewaan melayu nk dihakis & Islam dijadikan modal politik PR utk meraih sokongan rakyat.