PENGAKUAN peserta Bersih 2.0 : SAYA MEMANG DIUPAH

Rais Yatim menuduh peserta Bersih 2.0 diupah sebanyak RM50.00 seorang supaya menghadiri perhimpunan tersebut. Saya mengaku memang saya diupah untuk hadir pada himpunan 9 Julai 2011 tersebut. Malah saya juga turut diupah untuk menghadirkan diri pada himpunan Bersih 2007.

Banyak sungguh duit orang PAS dan jawatankuasa Bersih 2.0 sehingga boleh mengupah puluhan ribu malah ratusan ribu peserta Bersih termasuk yang sampai ke KL atau yang dihalang dari memasuki KL. Berapa juta duit dibelanjakan untuk mengupah mereka.

Apakah berbaloi dengan wang RM50.00 dengan pukulan, terajangan dan sepakan zalim Polis. Apakah pulang modal RM50 dengan gas pemedih mata dan air kimia yang menyesakkan nafas dan boleh membawa maut. Apakah berbaloi RM50 dengan nyawa Badaruddin.

Kalau hendak menuduhpun biarlah logik sedikit wahai anak Yatim yang tidak layak diusap kepalanya. Janganlah anak Pak Yatim yang berbinikan Masnah hendak samakan Umno dengan PAS dan peserta Bersih lain.

Saya mengaku memang saya diupah lebih dari RM50....malah mungkin mencecah RM200 tetapi upah tersebut diberikan oleh diri saya sendiri tidak satu sen pun duit parti anak Pak Yatim atau Parti saya sendiri PAS.

Comments