PENAWAR sudah jumpa 'penawar' nafi desak PM berundur

Persatuan Bekas-bekas Wakil Rakyat Umno (Penawar) menafikan laporan bahawa pihaknya telah memutuskan untuk meminta Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.


Presidennya Abd Aziz Shamsuddin berkata Penawar yang ditubuhkan pada Disember 2009 tidak pernah meminta agar Najib berundur.




Najib menjadi perdana menteri dan presiden Umno sejak awal 2009.
“Saya sama sekali menafikan kenyataan itu,” kata beliau sambil menambah, pada mesyuarat diadakan 29 Julai lalu Penawar tidak pernah membuat sebarang keputusan mahu menggesa agar Najib meletakkan jawatan.
“Sebarang bentuk persepsi yang salah harus dibetulkan,” kata beliau yang juga bekas setiausaha politik kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Ahli Parlimen Shah Alam.
Kita tunggu apa kata media yang sebelum ini melaporkan bahawa PENAWAR mendesak PM letak jawatan.
Mungkin PENAWAR telah diberi penawar oleh Najib sehingga terpaksa menafikan laporan media sebelum ini.

Comments