Pecat Pegawai tertinggi JPN dan SPR, tukar orang lain

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang prihatin dan sedar akan kedaulatan dan keselamatan negara menggesa kerajaan memecat Pegawai tertinggi SPR dan JPN serta merta sebelum negara tergadai dan keselamatan negara lebih terancam lantaran kebiadapan mereka memperdagangkan hak kewarganegara dan hak mengundi.

Mengapa sampai begitu sekali mereka sanggup lakukan hanya semata-mata kerana takut kalah pada PRU 13 nanti. 

Tidakkah memberikan taraf warganegara dan hak mengundi kepada PATI akan menyebabkan :-

1) Hak warganegara asal akan terjejas kerana terpaksa berkongsi dengan PATI
2) Hak melantik kerajaan terjejas kerana undi PATI juga besar jumlahnya.
3) Hak istimewa rakyat Malaysia asal terpaksa dikongsi bersama dengan orang yang tidak berhak iaitu PATI
4) Keselamatan negara boleh digadai bila-bila masa kerana sesuatu tujuan dengan memberikan kewarganegaraan bila-bila masa diperlukan
5) Hak warganegara dan hak mengundi menjadi bahan dagangan dan mainan bila-bila ia boleh digadaikan

Sehubungan dengan itu juga saya menggesa pihak berkuasa supaya menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kes hingga ke akar umbi. Jangan hanya menyiasat pegawai-pegawai kerajaan sahaja malah pimpinan Umno/BN juga mesti disiasat kerana merekalah yang didakwa menjadi dalang kepada kegiatan ini bagi menjaga kuasa mereka.

Jika kerajaan BN gagal menjalankan tanggungjawab diatas sebagai rakyat Malaysia, hamba menjunjung kasih taat setia kepada Raja dan Negara, merayu Baginda Yang Dipertua Agong dapat mengambil tindakan yang sesuai keatas pengkhianat negara kita yang sanggup menjadikan hak kewarganegaraan dan hak mengundi sebagai barang gadaian demi kepentingan peribadi mereka sendiri.

Comments