
Menurut Najib ianya akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi membincangkan segala reformasi pilihan raya supaya tidak ada pihak lagi syak wasangka terdapat manipulasi kerajaan.Sekali lagi Najib dan kerajaannya cuba memancing rakyat dengan cadangan yang dilihat baik.
Namun rakyat Malaysia sudah banyak kali tertipu dan dipermainkan oleh jawatankuasa seperti ini. Kerajaan pernah menubuhkan Suruhanjaya Penambahbaikan Polis tetapi segala cadangannya hanya tinggal atas kerja, Polis sebaliknya semakin teruk dan mengganas.
Selain itu Suruhanjaya 'Correct, Correct, Correct' juga ditubuhkan tetapi apa hasilnya.....semuanya menghabiskan 'bogheh dan duit rakyat'. Sebab itulah saya tidak yakin jawatankuasa ini akan dapat meformasikan SPR dan Sistem Pilihanraya. Ini kerana Sistem dalam negara kita sudah korup kerana kerajaan yang memerintah sekarang ialah kerajaan korup, zalim, tidak telus dan tidak takut kepada Allah. Selagi kerajaan tidak ditukar selagi itulah selagi reformasi yang hendak dibuat hanya omongan kosong untuk memacing sokongan rakyat.
Ibarat pepatah Cina, IKAN BUSUK BERMULA DARI KEPALA, KALAU KEPALA DAH BUSUK MAKA BUSUKLAH KESELURUHANNYA.
Comments