Muhyiddin ganti Najib?

Desas-desus bertiup kencang bahawa 'umur' Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia. Ini kerana Najib ternyata gagal mentadbir negara dengan baik. 

PR sudah lama mendesak Najib mengundurkan diri kerana sejak awal-awal pemerintahannya Najib sudah menampakkan yang dirinya gagak meneruskan kesinambung Allahyarham bapanya. Bila PR menggesa Najib berundur ramai juak beliau melenting. 

Kini timbul pula cerita baru bahawa ada gerakan dari dalam Umno yang membuat desakan samada secara terang atau 'sirr' (Rahsia). Malah ada pihak yang mengaitkan cerita ini dengan pemimpin tertinggi dan bekas pemimpin tertinggi Umno yang masih hidup walaupun sudah berumur kira-kira 80 tahun.

Apa yang pasti sebuah NGO bekas-bekas Wakil Rakyat (bukan Mubarak kaki ampu) secara terang-terang menggesa Najib berundur kerana menurut mereka anak Tun Razak itu hanya menjadi liabiliti kepada Umno. Walaupun ianya NGO kecil namun seorang Perdana Menteri sudah tentu tercalar imejnya kerana desakan ini.

Bagi kita apa yang penting Najib mesti segera memBERSIHkan namanya supaya kredibiliti beliau tidak dipertikaikan. Selain itu jika beliau berani tampil mengeluarkan hujah dan fakta di atas semua tuduhan, tindakan dan kezaliman beliau selama ini mungkin mereka yang tidak sukakan beliau tiada alasan dan sebab untuk menggesa beliau meletakkan jawatan.

Antara perkara yang mesti diberi perhatian dan mesti dijelaskan kepada umum ialah :-

1) Skandal Kapal Selam yang pernah tak boleh menyelam

2) Pembunuhan janda jelita berasal dari luar negara

3) Kejadian di sebuah pusat pelancongan di Negeri Sembilan

4) Layanan 'istimewa' kepada rakyat pada himpunan BERSIH 2.0

5) Tindakan menafikan royalti minyak kepada Kelantan

6) Layanan yang menafikan sistem federalisme terhadap kerajaan negeri-negeri PR

7) Rompakan kuasa kerajaan PR negeri Perak 

8) Perbelanjaan RM17 juta untuk lawatan Rasmi Perdana Menteri dan Rosmah ke luar negeri 2008-2011 

9) Kos RM49 juta untuk penyelenggaraan rumah rasmi PM dan TPM

10) RM10 juta untuk Bil elektrik dan air PM dan TPM untuk setahun11) RM111 juta untuk Peruntukan Program Permata Negara 


12) Penginapan Rosmah di Hotel Atlantis, Dubai - RM140,000 satu malam

13) Beg tangan Rosmah berjenama 'Hermezz Matte' - RM361,259.99

14) Cincin berlian - RM24 juta

15) Penganjuran Persidangan Wanita Pertama dunia yang dihadiri 14 wanita pertama majoritinya dari Afrika - RM4.5 juta

16) Gelang tangan - RM1.65 juta 

17) Kegagalan memastikan sistem pilihanraya bebas, telus dan adil

dan banyak lagi  ....................

Ada antara perkara di atas adalah tuduhan dan dakwaan pihak tertentu. Najib mesti tampil dengan bukti-bukti dan fakta untuk menafikannya. Kalau perlu beliau mesti menyaman pihak terbabit di Mahkamah supaya mereka berhenti membuat tuduhan dan dakwaan.


Sementara itu Portal Malaysiakini hari melaporkan bahawa PAS mendakwa wujudnya 'gerakan' dalam Umno untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai perdana menteri.

Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata gerakan tersebut bagi menjatuhkan Najib sebelum pilihan raya umum ke-13 kerana presiden Umno dilihat sebagai "liabiliti kepada BN".

"Ada gerakan serius yang meminta supaya Najib daripada perdana menteri.

"Najib dan Rosmah dilihat liabiliti kepada BN kerana pada waktu ini ia memberi kesan negatif kepada pilihan umum akan datang," katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur.

Beliau juga mendakwa laporan yang mengaitkan pemimpin PAS dalam pakatan sulit untuk menaikkan ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai ketua pembangkang yang baru - bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim - hanya satu usaha mengalihkan perhatian daripada gerakan dalam Umno tersebut.

Comments

Anonymous said…
Bagaimana dengan cerita penglibatan dengan artis di PD suatu masa dulu.?? Ada juga dengar cerita ini dulu..dah tutup kes ke?