Matinya 'mulia' di bulan puasa



2 ekor lagi binatang lindungan mati semalam. Macamana boleh pupus gajah kalau selalu kena langgar. Nasib baik keretapi yang langgar kalau kereta atau motor yang langgar alamat orang memandu dan penumpang kereta atau motor yang 'gol'.


Kira-kira 300 penumpang Ekspres Senandung Timuran, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dalam perjalanan dari Tumpat ke Johor Bharu cemas selepas tren dinaiki merempuh dua ekor gajah dalam kejadian di Kilometer 407.5, Bukit Abu-Manek Urai, di sini, kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 10.40 malam itu, menyebabkan pemandu tren terbabit terpaksa memberhentikan kenderaan secara mengejut sebelum terpaksa melanggar ibu dan anak gajah terbabit yang dilihat sedang melintasi landasan berkenaan.

Pengurus Kanan Unit Komunikasi Korporat KTMB, Fazil Ismail berkata, situasi mencemaskan itu menyebabkan perjalanan tren terbabit tergendala kira-kira enam jam sebelum meneruskan perjalanan kira-kira jam 4.30 pagi sebaik koc digantikan dengan yang lain.

Elok rasanya jalan keretapi itu dipasangkan 'Traffic Light' untuk keretapi berhenti bagi memberikan laluan Gajah Melintas .....(Gurau ke) ..........

Sumber : Hmetro

Comments