Pesuruhjaya PAS Melaka, Haji Adly Zahari menulis di dalam facebook persoalan tentang mampukah Najib bertahan dengan asakan Amanah, Mubarak, Perkasa, Muhyidin, Khairy dan.......?
Memang tidak dapat dinafikan terdapat gelombang dalam Umno sendiri yang menjalankan kerja-kerja untuk menjatuhkan Najib secara tidak nampak dan senyap. Namun sehari dua ini ia sudah kelihatan terbuka dan secara berdepan.
Seorang penulis buku berani menulis sebuah buku bertajuk Najib Perdana Menteri terakhir ....walaupun ianya bukan ditujukan direct kepada Najib supaya berundur setidak-tidaknya buku itu memperlihatkan bahawa kelemahan Najib menyebabkan BN bakal berkubur jika beliau tidak diganti dengan pemimpin lain.
Selain itu tindakan Tengku Razaleigh dan kuncu-kuncunya mengkritik Najib secara terang-terangan dalam majlis pelancaran NGO Amanah benar-benar memeningkan Najib.
Muhyiddin juga dilihat berdiam diri dalam serangan yang dikenakan Najib, mungkin beliau menunggu peluang untuk 'ngap' Najib dengan bantuan serangan dan kritikan terbuka Amanah dan pihak-pihak lain.
Kita jangan lupa tentang Khairy, Ketua Pemuda yang dinafikan hak untuk menganggotai kabinet Najib sedangkan orang yang dikalahkan oleh Khairy naik mencanak dalam kabinet dan parti.
Oleh kerana itu ada kemungkinan Najib terpaksa mengadakan pilihanraya awal bagi mencatas dan membenamkan semua musuh-musuh dalam selimut ini.

Comments