Kuliah Tok Guru : Kisah sahabat : Barrak Bin Malik R.A

Tok Guru menceritakan kisah sahabat Nabi, Barraq Bin Malik R.A. Beliau merupakan adik beradik kepada Anas Bin Malik.

Apabila kita menyebut nama sahabat kita mesti menyebut R.A, kalau menyebut nama Ulama' mesti sebut Rohimahullah.

Kisahnya apabila Nabi Mohammad S.A.W wafat tersebar berita bahawa apa lagi yang hendak kita sokong Islam kerana Nabi sudah wafat. Maka ramai umat Islam murtad. Saidina Abu Bakar As Siddiq R.A dilantik sebagai Khalifah. Orang Mekah, Madinah dan Toif serta tempat-tempat tidak murtad.

Pegangan Saidina Abu Bakar kukuh menjaga Islam. Beliau menyiapkan 11 kumpulan askar dari kalangan Al-Ansor dan Al-Muhajirin. Saidina Abu Bakar menyerahkan panji-panji/bendera kepada 11 Ketua Tentera untuk memerangi kumpulan Riddah sebelum memerangi kumpulan tersebut.Kumpulan paling kuat murtad melawan Islam ialah Kampung Bani Hanifah diketua Musailamatul Kazab yang paling ramai murtad. Musailamatul Kazab mengumpul 40,000 tenteranya untuk menentang tentera Islam. Anggota tentera Musailamah menyokongnya bukan kerana Musailamah tetapi kerana semangat assobiyyah.

Salah satu kumpulan 11 kumpulan tersebut diketuai oleh Ikrimah Abu Jahal iaitu anak Ikrimah. Ikrimah dikirim menentang tentera Musailamah tetapi tentera Ikrimah kalah. Maka Abu Bakar mengirim tentera diketuai Khalid Ibn Walid pula. Peperangan berlaku di Yamamah. Dalam tentera Khalid dianggotai salah seorang yang bernama Barraq bin Malik R.A . Setelah berperang menang juga tentera Musailamah sehingga askarnya berjaya masuk ke Khemah Khalid Ibn Malik R.A dan khemah yang menjadi tempat pengurusan tentera Islam hendak dicabut dan nyaris tentera Musailimah membunuh isteri Khalid. Jika askar Musailimah ini menang maka hapuslah Islam.

Khalid menyusun semula askarnya. Khalid meletakkan askar-askar dari Muhajirin dan Ansor diletakkan berasingan. Selepas disusun semula peperangan bermula semula. Peperangan menjadi begitu hebat tidak pernah berlaku sebelum ini. Dalam tentera Khalid ada seorang sahabat yang melumurkan badannya dengan kabur barus. Beliau menggali tubuhnya dalam tanah supaya tidak dapat lari akhirnya beliau syahid. Adik beradik Umar iaitu Zaid Al Khattab juga syahid.

Seorang sahabat lagi yang menjadi Komander bernama Salim dibimbangi akan tewas dan musuh boleh memerangi tentera Islam melalui beliau. Akhirnya Salim juga syahid.

Seorang lagi Komander ialah Barraq Bin Malik.Khalid melantik Barraq Bin Malik mengetuai tentera Islam. Barraq berucap di hadapan askarnya....Barraq berkata, "Tuan-tuan semua jangan berfikir untuk balik ke Madinah. Jika hidup kita balik".

"Di hadapan kita hanya Allah dan Syurga"

Selepas itu Barraq terus menyerang tentera Musailimah. Askar-askar kacau bilau akibat keberanian Barraq dan askar-askar Musailimah lari masuk ke dalam kebun dan menutup pagar kebun tersebut. Pagar tersebut terdiri dari tanah liat sehingga tidak kelihatan askar-askar Musailimah dari luar. Kebun ini dinamakan Ladang Maut yang luas dan tinggi pagarnya. Askar-askar Musailimah naik atas pagar yang menyebabkan mereka mempunyai kelebihan kerana berada pada kedudukan tinggi.

"Barraq berkata biar aku duduk atas penyangga dan julang penyangga dengan lembing kemudian lempar aku ke depan pintu pagar untuk buka pintu"

"Biar aku masuk samada aku mati atau aku boleh buka pagar, ia lompat dan bertempur dengan ratusan askar Musailimah".

Badan Musailimah mengandungi 80 kesan luka. Akhirnya beliau berjaya membuka pintu. Semua askar Islam berjaya membunuh 50,000 askar Musailimah termasuk Musailimah sendiri.

Barraq diusung kepada Khalid Ibn Walid. Barraq diubati oleh Khalid Ibn Walid selama sebulan sehingga akhirnya sembuh.

Barraq Bin Malik walaupun tidak syahid pada peperangan dengan Musailimah tetap bercita-cita untuk mati syahid.

Comments

Anonymous said…
Kena edit sikit kisah ni. Aku tak paham. Sekejap Khalid. Sekejap Khalid bin Malik. Sekejap Barraq. Hang jangan copy paste saja. Biar ada intelek sikit.