Keuntungan Petronas MENINGKAT, apa manfaat kepada rakyat?

Petronas mengumumkan kenaikan 48.6 peratus dalam untung bersihnya kepada RM21.7 bilion bagi suku pertama yang berakhir pada 30 Jun 2011 daripada RM14.6 bilion pada suku yang sama sebelumnya, disokong oleh harga minyak mentah yang kukuh serta usaha kumpulan ke arah kecekapan.Keuntungan sebelum cukai meningkat 44.4 peratus kepada RM30.9 bilion daripada RM21.4 bilion pada suku yang sama sebelumnya.


Syabas Petronas kerana berjaya mencatatkan keuntungan. Saya cuma ada 2 soalan yang hendak ditanyakan kepada kerajaan dan Petronas sendiri?
1) Berapa peratus agaknya keuntungan Petronas ini disalurkan kepada rakyat bagi memastikan kehidupan rakyat lebih sejahtera

2) Sudah Petronas membayar zakat perniagaan untuk tahun-tahun sebelum ini?

HARAP DAPAT DIJAWAB....


Comments