Kerajaan terus zalimi dan diskriminasi rakyat

Beberapa penduduk di Kampung Bukit Katil melahirkan kekesalan di atas sikap kerajaan negeri menzalimi dan mendiskriminasi mereka dalam isu pampasan tanah yang diambil oleh kerajaan.

Seorang guru dari Kampung Bukit Katil, Ustaz Mazlan Berahim, 45 berkata diskriminasi jelas berlaku apabila pampasan rumah beliau hanyalah RM70,000 sedangkan mengikut Jurunilai swasta ianya bernilai RM137,000. 

"Lebih parah lagi rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang saiznya jauh lebih  kecil dibayar RM60,000 lebih"

"Rumah seorang penyokong Umno yang hanya mempunyai 4 bilik dibayar dengan RM150,000 sedangkan rumah ayah saya yang mempunyai 7 bilik dan saiznya jauh lebih besar dinilaikan hanya RM160,000 sahaja, sedangkan pihak swasta menilainya dengan harga RM329,000" kata Mazlan yang merupakan anak jati Bukit Katil.

Beliau berkata tindakan kerajaan Melaka jelas menunjukkan sikap dendam dan diskriminasi terhadap rakyat tanpa asas kukuh.

Sementara itu Penyelia Dun Bukit Baru, Yusof Wahab(gambar) berkata kerajaan negeri jelas bertindak tidak professional dan terus berdendam dengan rakyatnya sendiri.

"Sepatutnya dalam hal pampasan seperti ini kerajaan negeri mestilah bersikap adil dan professional tidak membezakan rakyat dengan fahaman politik".

"Sikap kerajaan negeri sememangnya sudah lama diketahui oleh rakyat Melaka dan mereka hanya menunggu masa sahaja untuk menumbangkan BN di negeri ini:" kata Yusof yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil.

Kerajaan negeri tidak lama dahulu membuat keputusan yang drastik apabila bertindak mengambil tanah di Jalan Demang Hussein, Kampung Bukit Katil yang menempatkan Pusat Asuhan Tunas Islam dan surau atas alasan hendak membina jalan. Sehingga semua wang pampasan telah dibayar kepada penduduk terbabit kecuali kepada Pemegang Amanah PASTI serta 2 orang penduduk kampung iaitu Ustaz Mazlan Berahim dan ayahnya Haji Berahim Hitam. Tindakan ini dilihat mempunyai unsur-unsur diskriminasi.

Keputusan kerajaan negeri mengambil tanah tersebut mendapat tentang hebat dari penduduk setempat di mana beberapa siri demontrasi telah diadakan bagi membantah tindakan tersebut. Selain itu beberapa penduduk terbabit juga membawa kes ini ke mahkamah kerana membantah harga pampasan yang mereka sifatkan tidak munasabah.

Comments

Anonymous said…
Salam tuan blog,
Maaf anda belum jawab soalan2 saya yg dulu,
Saya ulangi dibawah ini:

Salam tuan,
Seronok baca tulisan tuan, tapi saya ada beberapa kemushkilan:

1. Kenapa PAS tukar dari dasar Negara Islam ke Negara Kebajikan? Takut DAP ke?

2. Kenapa PAS buat solat hajat (eg Di Shah Alam)berteraskan DS Anwar Ibrahim difitnah dlm kes liwatnya,kan bagus solat minta Allah tunjuk kebenaran saja? Apa yg PAS buat ni bukan agenda politik ke?
- Datuk Tuan Ibrahim TuanMan bersungguh2 pertahankan DSAI dlm ucapannya tanpa tunggu keputusan DNA... kenapa? Inikah kematangan pemimpin Malaysia masa depan? Ini politik atau menghayati ajaran Islam?

3. Isu kenyataan 'besi bukan saksi' dlm kes liwat DSAI, oleh Presiden PAS membuatkan seluruh dunia mentertawakan Islam dlm hal ini. Are we one step ahead or many steps behind?

4. PAS bersekongkol dgn DAP; sila komen tentang 'Langkah mayat saya dulu kalau nak tubuh negara Islam' - Karpal Singh.

5. YB DAP guna ayat Quran dlm ucapan, PAS kata nak dakwah mereka, setakat mana dah berjaya di dakwah atau mereka cuma gunakan ayat Quran utk tujuan politik?

6. Tuan sgt yakin dgn PAS, mengapa 20 tahun memerintah Kelantan, masaalah sosial di Kelantan(eg penyalahgunaan dadah)tak berkurang, jangan kata terhapus, bertambah lagi adalah.

7. Kenapa pada tahun 1990an dahulu mana2 syarikat nak mohon tanah/projek di Kelantan DIWAJIBKAN menderma kepada PASTI dahulu dan sertakan bukti baru dilayan (rujukan blog: kickdefella - tentu tuan kata fitnah!)

8. 11% pelajar di Kelantan ada masaalah mental (mereka ini umur dibwh 20 tahun, i.e. lahir masa PAS memerintah, apa peranan PAS dlm pendidikan selama 20 tahun itu?)

9.Anda sgt bangkang BN tapi saya tengok anda juga cari makan sebagai konsultan menggunakan ISO XXXX yg di lulus dan perakui oleh kerajaan BN. Yg ini tuan tak kutuk pulak tapi diam2cari makan...tak kah ini bercanggah dgn prinsip politik anda?

Saya kira cukup dulu untuk tuan terangkan. Semuga saya akan lebih faham nanti.

Wassalam

Ahmad Nizar