Kerajaan PAS jauh lebih matang dari BN dari semua segi termasuk hiburan

NONEBukan perangi hiburan

Sebagai sebuah kerajaan, kepimpinan Kelantan telah mengambil jalan yang yang sederhana. Kelantan - melalui program seperti ini - memberikan pendidikan secara langsung dan tidak langsung untuk aktivis Muslim berinteraksi dengan dunia hiburan, sekali gus mendekati anak-anak muda. 

Jalannya bukan memerangi hiburan, sebaliknya mencari ruang untuk dimanfaatkan; maka rakyat dapat berhibur secara terarah dan tidak melampai batas.

Dengan itu Kelantan tidak menjadi kerajaan yang tidak bertanggungjawab yang membiarkan rakyat bebas lepas dengan hiburan tanpa bimbingan, tidak juga menjadi jumud sehingga mengharamkan segala bentuk hiburan, termasuk nyanyian, muzik dan filem.

Demikianlah, apabila sesebuah kepimpinan itu ada wawasan yangjelas dan nurani yang inginkan rakyat berada dalam bimbingan yang betul. Segala gerak kerja diselaraskan antara kehendak rakyat dan peraturan agama.

Sikap yang matang lagi sederhana diperlukan oleh rakyat dan umat pada setiap ketika. Bukan masanya untuk mengharamkan itu dan ini tanpa memberikan alternatif yang dapat membimbing rakyat yang pelbagai ragam dan kehendak. 

Janganlah pula jadi seperti kepimpinan yang hanya hendak 'memberikan keseronokan' kerana inginkan sokongan mereka rakyat tanpa memikirkan kesan dan masa depan.

Cumanya, masih banyak perkara yang perlu dibuat. Kita perlukan pembikinan karya-karya seni dalam pelbagai bidang yang berkualiti dan mendidik. Ada gabungan antara unsuran hiburan dan bimbingan secara terancang. 

Ada ikatan antara seni dan kehidupan insani secara berkesan. Ini memerlukan satu perancangan jangka panjang dan pendek. Semoga Kelantan mampu melangkah lebih jauh.



Ulasan Mutaligat : Saya sangat bersetuju dengan pandangan Ustaz Asri. Kerajaan BN ternyata membiarkan anak-anak muda khayal dan terbuai dalam budaya hedonisme dan keseronokan. Bukan itu sahaja Kerajaan BN malah menggalakkan budaya mungkar ini berleluasa. Kita mendoakan para pemimpin BN diberi petunjuk hidayah oleh Allah agar kembali kepada Islam dalam semua segi.


Sedutan tulisan Ustaz Asri Zainul Abidin dipetik dari Malaysiakini.

Comments