BERCHANG, sebuah kampung tradisional terletak di persimpangan strategik jalan raya Kuala Lipis - Gua Musang dan Kuala Lipis - Cameron Highlands. Kampung ini khabarnya telah hampir setahun ketiadaan Ketua Kampung setelah Ketua Kg yang lama meletakkan jawatan.
Khabarnya calon ketua kg yg baru sukar dicari kerana di kalangan penyokong parti pemerintah yg ada beberapa kerat di kg itu tidak berkelayakan. Namun oleh kerana sikap tidak demokratik dan jumud. maka calon-calon lain yg berkelayakan tidak disenaraikan semata-mata kerana mereka bukan penyokong parti pemerintah pada masa ini.
Aku anak Kg Berchang. Kalaulah aku jadi ketua kampung (aku tak nak), maka inilah beberapa agenda aku untuk memajukan Kg Berchang:
- Menyediakan atau mengemaskini data penduduk kg termasuk sejarah salasilahnya untuk kegunaan pelbagai.
- Menambahbaik prasarana sedia ada seperti menamakan setiap jalan dan lorong di dalam kg utk kemudahan penduduk dan penziarah, menambahbaik jalan ke tanah perkuburan, mendapatkan bantuan agensi kerajaan utk menambah baik kemudahan awam dan kebersihan di persimpangan jalan besar, mengusahakan dana pembinaan surau baru di Kg Selindang, mendapatkan kerjasama agensi kerajaan utk mewujudkan persekitaran landskap yg baik utk semua premis awam seperti masjid, surau, dewan orang ramai, kedai dan seumpamanya.
- Mengusahakan kemudahan sukan dan rekreasi yg lebih baik utk org ramai.
- Mengusahakan Tabung Kebajikan yg mempunyai sumber dana yg subur utk membantu penduduk kg yg ditimpa musibah atau memerlukan bantuan utk pelajaran dsbnya.
- Memastikan semua segmen masyarakat terlibat dlm jawatankuasa masjid supaya masjid menjadi pusat denyut nadi masyarakat.
- Menyuburkan budaya cintakan ilmu di kalangan generasi muda dan pendidikan sepanjang hayat utk generasi dewasa.
- Mendesak pihak kerajaan menyegerakan pembinaan Sekolah Menengah Berchang yg tertangguh sejak lama.
- Mendapatkan khidmat nasihat pakar daripada pelbagai sektor utk "menghidupkan" kembali bumi pertanian Kg Berchang yg suatu ketika dulu subur dgn padi, jagung, tembikai dll. Dusun kg yg sudah 'pencen' perlu diremajakan kembali dgn projek tersusun dan komersil utk manfaat penduduk kg dan generasi pelapis.
- Menghidupkan kembali budaya berderau di kalangan penduduk kg di dalam kerja-kerja ekonomi dan kemasyarakatan.
- Mengkaji utk mewujudkan suatu institusi yg boleh menjadi ikon kpd Kg Berchang samada berorientasikan pendidikan, ekonomi atau sebagainya yg sesuai dgn suasana sosioekonomi setempat.
Dan lagi ....
Ini adalah sebahagian yg sepatutnya dibuat oleh Ketua Kg sebelum ini, namun oleh kerana pemilihan ketua kg mestilah mengikut restu umno, maka kg menjadi mundur sedangkan buminya subur dan rakyatnya kuat bekerja.
Catatan : Roslan Zainal Al Ahmadi ......
Comments