29 August 2011

Kalau tak bohong bukan Utusan dan pemimpin Umno namanya

Utusan Meloya dan pemimpin Umno sekali lagi membuat fitnah dan  menyerang Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dengan tuduhan kononnya beliau menghina para polis Bukit Kepong dan membela Komunis yang menyerang balai polis itu.


Jelas sekali Utusan dan pemimpin Umno mereka-reka cerita, menipu dan memfitnah hanya untuk mendapat 'political mileage' dengan cara jijik dan kotor.


Hari ini Haji Mohamad Sabu mendapati apa yang dilaporkan oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia berkaitan dengan tragedi Bukit Kepong adalah fitnah terhadap beliau dan PAS.

Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis saman kepada akhbar itu dan memintanya meminta maaf dan menarik balik laporan palsu itu.


Saya tidak katapun Mat Indera itu Komunis, saya tidak sebut pun nama beberapa-beberapa Cina yang dilaporkan dalam akhbar itu bahkan selepas membaca laporan akhbar Umno itu baru saya tahu nama mereka," jelas Mohamad Sabu yang juga membuat sidang media khas di sini hari ini mengenainya.

Akhbar itu pula, kata Mohamad, hanya menyiarkan laporan mengenai ceramahnya di Pulau Pinang itu selepas semingggu.

"Saya ceramah 21 Ogos, Utusan siar 27 Ogos...jadi saya lupa apa yang tepatnya saya cakap, jadi saya tunggu rakaman itu dan pagi ini saya mendengarnya," kata Mohamad.

Inilah sikap buruk dan jahatnya Utusan dan pemimpin Umno yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat sokongan dan simpati rakyat.

Rakyat sewajibnya menilai dan mengkaji semula sokongan kepada kaki fitnah seperti ini. Jangan kita bersekongkol dengan mereka kelak kita terpalit sama dengan kejahatan dan fitnah mereka.

1 comment:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter