Sesiapa hendak menjadi menteri di zaman pemerintahan Najib mestilah kalah pilihanraya sebab Najib merasakan orang yang kalah pilihanraya ialah orang yang kuat pengaruh dan hebat.
Sebab itulah Najib melantik orang-orang yang kalah pada PRU menjadi menteri. Paling baru beliau melantik Presiden MIC, G. Palanivel yang kalah di Parlimen Hulu Selangor pada PRU 12 dulu menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Manakala Koh Tsu Kon dan Shahrizat yang kalah juga pada PRU 2008 juga diberikan jawatan menteri.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menang pilihanraya tidak pula dilantik ....
Selepas ini entah siapa pula akan dilantik menjadi menteri. Mungkin Presiden Perkasam, Ibrahim dan Mahaguru Silat Omar Din pula akan dilantik sebagai Menteri atau mungkin juga Jamaluddin Jarjis dilantik semula sebagai Menteri..........Cuma ada juga yang pucat gigi takut-takut digugurkan dari jawatan idaman orang Umno ini ................
Sehingga kini Malaysia sudah ada 30 orang menteri suatu bilangan yang tidak masuk akal. Malaysia hebat sehingga kadang-kadang kita kita pun keliru menteri yang ramai-ramai apa yang mereka buat, tanggungjawab kementerian masing-masing kita keliru kerana banyak sangat.
Comments