Jangan tunggu lagi HERET SPR ke MAHKAMAH

Saya menyokong penuh hasrat Bersih 2.0 atau sesiapa juga yang berhasrat untuk mengheret Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) ke mahkamah. Memang wajar dan wajib dilakukan kerana SPR jelas tidak langsung menghormati rakyat apabila terus menerus menafikan dan memperlekehkan pendedahan-pendedahan terhadap kepincangan sistem pilihanraya kita khasnya berkaitan dengan daftar pemilih.

SPR memberikan seribu satu macam alasan dan penafian yang kebanyakan tidak dapat diterima akal dan tidak logik. Malah dalam banyak hal mereka jelas berpihak dan boleh dikatakan LEBIH UMNO DARI UMNO. Alangkah malangnya negara kita apabila sebuah Suruhanjaya yang sewajibnya bebas  dan menjadi pengadil yang baik dan telus bertindak berat sebelah malah bersekongkol dengan segala penyelewengan dan penipuan.

Jika hanya ada satu atau dua kes yang melibatkan keraguan dalam daftar pemilih mungkin boleh kita katakan typo error atau kes terpencil. Namun ianya bukan satu malah ribuan. Setiap hari kepincangan demi kepincangan didedahkan kepada umum. Malah lebih teruk lagi hak mengundi pun diberikan kepada orang yang tidak layak seperti Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan orang yang bertaraf penduduk tetap.

Mengapa begitu sekali tindakan mereka berani merobek amanah dan kepercayaan rakyat. Apakah mereka merasa akan terlepas dari hukuman Allah di Hari Kemudian dengan penipuan dan penyelewengan ini????

Semalam media internet Malaysiakini melaporkan bahawa BERSIH 2.0 bercadang mengheret SPR ke mahkamah lantaran kecewa dengan cara badan tersebut menangani penyelewengan dan kecelaruan dalam daftar pemilih yang didedahkan media, 


Pengerusinya, Ambiga Sreenevasan percaya apa yang dilakukan SPR dengan sewenang-wenangnya memadam atau meminda butiran pengundi sebagai tindakan yang tidak sah.Ambiga berkata beliau sendiri tidak pasti samada SPR sebenarnya boleh melakukannya - hanya membuang nama dan meletakkan nama dan menukar beberapa perkara.


Beliau berkata SPR akan dakwa bahawa mereka beroperasi di bawah peraturan-peraturan yang melayakkan mereka memperbetulkan kesilapan pengkeranian.

Menurutnya kesilapan itu bukan kesilapan pengkeranian dan beliau tidak pasti undang-undang mana yang mereka gunakan untuk melakukan pembersihan ini yang SPR dilakukan setiap hari.

Comments