Najib sebagai bekas Menteri Pertahanan dan Zahid Hamidi Menteri Pertahanan sekarang terus diam seribu bahasa tidak berkata sepatah pun tentang pendedahan yang dibuat oleh beberapa bekas anggota tentera berkenaan penyelewengan dan penipuan undi pos.
Dalam satu kenyataan media yang penuh emosi, petang ini, Zulkifeli mencabar mereka yang membuat dakwaan itu dan mempersoalkan kesetiaan mereka kepada Angkatan Tentera Malaysia.“Tindakan-tindakan seumpama ini boleh ditafsirkan sebagai satu tindakan pengkhianatan dan harus dihentikan serta merta. ATM sebagai benteng pertahanan negara harus disokong dan diberi sokongan padu oleh semua lapisan rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan pendirian politik...“Diharap semua pihak tidak menjadikan ATM sebagai scapegoat dalam meraih sokongan dan memenuhi kepentingan mereka... Rakyat perlu menunjukkan sokongan, menghargai sumbangan dan peranan ATM. “Dalam konteks ini persoalannya adalah 'How can we be loyal to you if you are disloyal to us'.” kata Zulkifeli.
Kedua-dua mereka hanya membiarkan Panglima ATM mengulas isu tersebut.
Media hari ini melaporkan bahawa Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menyifatkan mereka yang mendakwa pihak tentera terbabit dengan penyelewengan sistem pengundian pos sebagai tindakan pengkhianatan.
Sebagai seorang manusia yang takut kepada Allah dan ada maruah, adakah kita patut bersekongkol dengan penipuan, penyelewengan dan kezaliman seperti ini. Malah kita diwajibkan menentang dan mencegah kemungkaran seperti menipu dan menyeleweng seperti ini. Seorang Panglima Tentera sepatutnya berjiwa besar dan sanggup memperbetulkan segala kesilapan dan kekurangan yang jelas ujud di dalam sistem undi pos.
Rakyat memuji keberanian bekas-bekas anggota tentera tersebut yang sanggup berterus terang tentang perkara yang terjadi sebenarnya. Mereka mempunyai maruah dan harga diri tidak mahu bersekongkol dengan kemungkaran penipuan tersebut.
Sepatutnya Panglima ini berkata pihaknya akan menyiasat dan akan mengambil tindakan bukannya marah tidak tentu pasal.
Comments
Memang sah kaki bodek. Kalau rakyat semua nak tahu macam mana nak jadi Panglima Angkatan Tentera maka jadi lah pembodek macam mamat ni dan dia bolih ugut rakyat pulak tu.
Kita nak bagi tahu PAT rakyat tidak gentar kalau setakat general macam kamu.
A bloody idiot and ignorant general. Those people are talking from privilege position and there are others who can conquer the statement made by the soldier.
Penegak benang basah hanya merupakan parasit untuk negara ini yang harus ditarbiahkan pendiriannya.
Ikmal, ipoh
Penegak benang basah hanya merupakan parasit untuk negara ini yang harus ditarbiahkan pendiriannya.
Ikmal, ipoh
Penegak benang basah hanya merupakan parasit untuk negara ini yang harus ditarbiahkan pendiriannya.
Ikmal, Ipoh