Isu JAIS serbu gereja : Ternyata PAS jauh ke hadapan dan matang

Ternyata PAS adalah sebuah parti yang matang, terbuka, telus, adil dan tidak tergesa-gesa dalam sebarang keputusan yang hendak diambil.

Sekali lagi kepimpinan PAS menunjukkan sikap terpuji dengan bersedia bertemu dengan semua pihak yang terlibat dengan isu tersebut. Hari ini PAS mendengar sendiri penjelasan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Hassan Ali selepas PAS akan bertemu dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).


Tujuan perjumpaan tersebut ialah untuk mengetahui sendiri apa yang berlaku sewaktu serbuan kontroversi di majlis makan malam untuk mengutip dana, minggu ini.

Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang berkata parti itu akan menemui kedua-dua pihak yang terbabit dalam insiden tersebut untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

Bercakap dalam sidang akhbar di ibupejabat parti itu di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata, sebelum sebarang kesimpulan dibuat, mereka mesti adil dan mendengar penjelasan semua pihak yang berkenaan.

Inilah PAS sebuah Parti Islam yang terbuka, matang dan realistik tidak mudah terpengaruh dengan fitnah, serangan psikologi dan sebagainya. PAS mahu menyiasatnya sendiri sebelum mengambil sebarang ketetapan.



PAS tidak melatah dan terpengaruh dengan provokasi dan serangan politik sempit Umno yang sentiasa ingin menangguk di air keroh. Kita tidak tahu samada isu ini dirancang secara khusus oleh pihak-pihak tertentu yang untuk kepentingan politik sempit mereka. Oleh sebab itulah PAS mahu menyiasatnya dengan teliti.

Comments