Gerakan & MCA sudah TIDAK RELEVAN, Umno ajak DAP masuk BN

Tidak semena-mena pemimpin Umno, Nazri Aziz menjemput dan mempelawa DAP menyertai BN yang korup, zalim dan kotor. Pelawaan itu disiarkan dalam akhbar Sin Chiew di mana Nazri ditemuramah oleh akhbar itu.

Mengapa pelawaan dan peminangan ini dibuat oleh Nazri. Bukankah Nazri tahu dan sedar rakan baiknya MCA dan Gerakan sudah ada dalam BN bagi memperjuangkan kepentingan kaum Cina. Mengapa tiba-tiba Nazri mengajak DAP menyertai parti yang sudah ketinggalan zaman itu yang berjuang untuk kepentingan semangat perkauman sempit.

Namun kita semua boleh mengagak mengapa Nazri yang menjaga hal ehwal undang-undang dan parlimen dalam kabinet Najib membuat pelawaan itu. Ianya tidak lain tidak bukan kerana MCA dan Gerakan tersungkur teruk di'libas' pengundi Cina pada Pilihanraya Umum 2008 (ke 12). Sehingga kini tidak ada tanda-tanda MCA dan Gerakan akan dapat mengembalikan sokongan orang Cina kepada mereka. Malah sokongan kepada parti yang dipimpin oleh pelakon video itu makin merosot dan sedang menunggu kehancuran.

Maka oleh kerana itulah Nazri cuba bermain politik untuk menarik DAP ke dalam BN.

Pelawaan ini ditolak mentah-mentah oleh Setausaha Agong DAP, Lim Guan Eng dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Maka tinggallah Nazri Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.

Comments