Kenyataan Dr Mahathir bahawa bukan sistem BN tetapi pemimpin yang salah adalah kenyataan yang dangkal.
Hakikat sebenarnya ialah sistem BN itu sendiri yang diamalkan sejak dahulu khasnya dari zaman Mahathir adalah sistem yang menhancurkan negara. Sistem yang diamalkan ternyata menggalakkan kronisme, rasuah, penyelewengan dan penipuan.
Konsep kerajaan campuran dengan perwakilan semua kaum di negara ini masih merupakan satu "sistem yang baik", kata mantan Perdana Menteri itu.
Sejak zaman Mahathir, kronisme semakin membarah; rasuah dihalalkan; demokrasi hancur dan berbagai lagi keboborokan diamalkan. Islam terus diketepikan dan dipinggirkan.
Mahathirlah yang menggalakkan kronisme, anak-anaknya pernah menjadi pengerusi puluhan syarikat; kroni-kroni BN menjadi kaya raya; indeks rasuah negara semakin merudum.
Antara kesalahan besar Dr Mahathir ialah :-
Antara kesalahan besar Dr Mahathir ialah :-
- Menghalang Kelantan dari melaksanakan Hudud
- Mengalakkan kronisme, rasuah dan penyelewengan
- Mendiskriminasikan Kelantan dan Terengganu dari mendapat Royalti
- Melaksanakan dasar PPSMI
- Mengurangkan kuasa raja-raja Melayu
- Sistem Pilihanraya yang tidak telus
- dan lain-lain
Ternyata bukan sahaja pemimpin BN yang salah tetapi sistem yang diamalkan oleh mereka sudah hancur. Undang-undang yang ada hanya sekadar atas kertas pendakwaan hanyalah kepada ikan bilis. Ikan jerung terlepas begitu sahaja.
Selagi BN dibiarkan terus memerintah, selagi itulah masalah kronisme, rasuah dan sebagainya tidak akan hapus dan negara akan hancur jika BN dibiarkan memerintah.
Comments