Cadangan : Jadikan warna TEMA Hari Raya tahun ini KUNING


Kita kuningkan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini dengan semua orang memakai baju raya berwarna kuning. Ini amat penting bagi menggambarkan bahawa rakyat Malaysia menuntut keadilan dan ketelusan Pilihanraya yang masih gagal ditunaikan oleh SPR dan kerajaan  Malaysia sehingga kini.


Ayah, emak, anak, cucu, cicit, jiran dan taulan diminta menempah atau membeli baju berwarna kuning. Jadikan KUNING tema majlis hari raya aidil fitri tahun ini.

Kita sampaikan 'signal' ini kepada Najib dan SPR supaya mereka sedar bahawa rakyat akan terus menuntut keadilan dan ketelusan dalam sistem pilihanraya selagi ianya tidak ditunaikan. Kepada yang sudah menempah dan membeli baju raya diharapkan memakai tudung, selendang kuning, songkok kuning atau kopiah berwarna kuning. Atau tukar langsir, sofa, karpet atau apa sahaja kepada warna kuning.

Kepada yang akan mengecat kereta atau yang akan membeli kereta baru belil atau catlah kereta dengan warna kuning. Rumah juga boleh dicat warna kuning. Jangan lupa juga sampul 'angpau' duit raya juga mesti berwarna kuning.

Comments