Buku Konsep Asas Negara Berkebajikan di lancarkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebentar tadi melancarkan buku tulisan Konsep Asas Negara Berkebajikan di Dataran Ilmu, Kota Baharu selepas beliau menyampaikan Kuliah Mingguannya.

Buku ini mengupas tentang konsep Negara Berkebajikan yang diasaskan oleh PAS dan perbezaan di antara Negara Berkebajikan dengan 'Welfare State' yang dibentuk oleh negara lain atau yang difahami oleh orang kebanyakan.

Semoga keujudan buku ini dapat memberikan kefahaman kepada rakyat tentang konsep negara kebajikan yang diasaskan oleh PAS dan dapat menjawab tohmahan dan dakwaan Umno/BN kononnya Malaysia sekarang sudah mengamalkan negara berkebajikan sejak dari dahulu lagi.

Turut hadir pada majlis ringkas pelancaran buku tersebut ialah Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato Haji Takiyudin Hassan dan Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar.

Comments