BERSIH 3.0 akan diadakan tidak lama lagi?

PAS akan mengadakan mesyuarat khas bagi menimbang penyertaan dalam Jawatankuasa Khas Parlimen, kerana berpendapat BN tidak ikhlas dalam penambahbaikan sistem pilihanraya dan penubuhan Jawatan Khas parlimen itu tidak membawa sebarang makna setelah perdana menteri membuat kenyataan sedemikian.


Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ketidakikhlasan Umno/BN dalam mereformasikan sistem pilihanraya ini akan mempercepatkan usaha rakyat mengadakan himpunan aman BERSIH 3.0.


Beliau berkata demikian pada sidang akhbar yang disiarkan media hari ini. Kita semua yakin jika PAS dan pimpinan BERSIH meminta rakyat Malaysia sekali lagi berhimpun secara aman sebagaimana pada 6 Julai lalu, kita yakin kehadirannya akan berlipatkali ganda.





Comments