BERSIH 2.0 dapat dana jutaan ringgit dari luar negara?

bersih rally july 9 crowd face-off with police 1
Pengerusi Bersih 2.0 menyangkal tuduhan bahawa pertubuhan itu dibiayai oleh agensi luar negara.


Datuk Ambiga Sreenevasan berkata perhimpunan gerakan rakyat pada 9 Julai lalu dibiayai sepenuhnya oleh masyarkat berbilang kaum negara ini.

"Untuk perhimpunan itu, ia dibiayai sepenuhnya oleh rakyat Malaysia," katanya.

Selain dana daripada kerajaan negeri Selangor, Ambiga mendedahkan bahawa sumber lain datang dari rakyat Malaysia yang membuat pemindahan bank dalam jumlah kecil ke akaun mereka sebelum perhimpunan itu.

Bulan lalu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mempertahankan peruntukan RM15,000 yang disalurkan untuk perhimpunan itu, sambil menyifatkan wang berkenaan sebagai sumbangan kecil kerajaan pimpinan beliau dalam menegakkan demokrasi di negara ini.

Walaupun perhimpunan 9 Julai itu tidak menelan perbelanjaan yang besar, Ambiga berkata sebahagian besar dana yang dikumpulkan dikhaskan untuk mengikat jamin peserta sekiranya mereka ditangkap oleh polis.

Sesetengah wang itu juga digunakan bagi membayar gaji kakitangan Empower, sebuah NGO yang bertindak sebagai sekretariat BERSIH 2.0, serta elaun bagi sukarelawan lain.



Ternyata tuduhan melulu pihak memusuhi Bersih berniat jahat dengan cuba mengaitkan Bersih dengan pihak asing. 

Comments