Aziz kata Dakwat kekal lebih baik dari Biometrik, jadi apa tunggu lagi

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Aziz Yusof hari ini mengakui bahawa penggunaan dakwat kekal untuk mengelak pengundian berganda, adalah kurang bermasalah daripada menggunakan sistem biometrik.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur, pengerusi SPR, beliauberkata, walaupun biometrik adalah "sistem yang sempurna" di segi teorinya, tetapi wujud kelemahan bila diamalkan.



Jadi kalau beliau sendiri telah mengakui bahawa penggunaan dakwat kekal lebih baik maka apa ditunggu lagi laksanakan sahaja supaya keraguan rakyat menjadi semakin kurang. Sekurang-kurang peratusan keraguan makin menurun. 


Inilah sikap SPR yang bercakap berbelit-belit semata-mata untuk mengelirukan rakyat.

Comments

Anonymous said…
Dah tau pun pengunaan dakwat tu lebih baik dari sistem biometric.Tunggu apa lagi,terus umumnkan pada PRU akan datang dakwat kekal akan digunakan.Tak payah nak minta kebenaran pada UMNO sebab itu dalam bidang kuasa SPR.