Satu demi satu penipuan dan penyelewengan dikemukakan oleh Jentera Pilihanraya PAS. Dari kisah penggadaian maruah dan keselamatan negara dengan pemberian taraf kewarganegaraan dan hak mengundi sehinggalah kepada seorang mengundi mempunyai 2 nama di tempat mengundi berlainan. Semua ini membuktikan betapa dahsyat penipuan dan penyelewengan yang dilakukan oleh agensi terbabit dengan bersekongkol bersama BN.
Agensi ini sanggup diperkudakan oleh Umno/BN hanya kerana habuan kebendaan, pangkat dan kedudukan. Apa ertinya sebuah pilihanraya jika ianya tidak adil dan penuh dengan penipuan. Lebih baik batalkan sahaja pilihanraya dan isytiharkan BN menang 100%.
Sempena bulan puasa ini saya menasihatkan diri saya dan diri sesiapa juga supaya kembali insaf di atas segala kerja buat dan tindak tanduk kita. Semua kerja yang kita lakukan akan dipertanggungjawabkan oleh Allah S.W.T. Pada hari Hisab nanti kita tidak mampu untuk menipu dan mempertahankan diri di hadapan Allah.
Bayangkan betapa besar penipuan yang dilakukan di mana semua rakyat Malaysia ditipu. Bagaimana untuk mereka yang terbabit dengan penipuan untuk memohon maaf kepada rakyat yang sudah meninggal dunia........dari itu sesiapa yang terlibat dengan penipuan dan kerja jahat ini marilah sama-sama kita bertaubat kepada Allah dan kita bersihkan segala kekotoran dalam daftar pemilih dan sebagainya.

Comments