Umno terus GILA BAYANG

Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan berkata parti itu masih berharap PAS dapat bekerjasama dengan Umno bagi menyatu padukan umat Islam dan Melayu di negara ini terutamanya dengan ketibaan bulan Ramadan pada minggu hadapan.

NONE"Walaupun tangan yang dihulurkan oleh Umno tidak disambut sebelum ini tetapi Umno tidak pernah menutup pintu rundingan kepada PAS apatah lagi sempena bulan Ramadan," katanya kepada pemberita selepas menutup Forum Perdana Menjana Umatan Wahidah anjuran Umno Bahagian Kota Raja di Shah Aalam malam tadi.

Ahmad, yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, berkata kesanggupan Umno untuk bekerjasama dengan PAS bukanlah kerana Umno berada dalam keadaan terdesak tetapi untuk masa hadapan umat Islam terutamanya dalam soal sosio-ekonomi.



Ternyata Umno masih gila bayang dan teringin untuk 'rujuk' semula dengan PAS kerana mereka tahu isu perpaduan ini memberi banyak keuntungan politik kepada Umno.


Memang Umno jenis GILA BAYANG 'tidak reti' bahasa bahawa PAS tidak akan mahu berpadu dengan bergabung dengan Umno selagi tiada perubahan dalam dasar dan amalan parti rasuah dan parti zalim tersebut.


Janganlah Ahmad Maslan hendak memalukan dirinya sendiri ibarat hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Siapa yang hendak berkawan dan bergabung dengan parti yang penuh dengan rasuah, kronisme, penyelewengan, kezaliman, dendam dan hasad dengki sebegini.

Comments