TV hanya RTM dan TV3 boleh tengok, Surat Khabar hanya Utusan dan Berita Hairan boleh baca

Rais Yatim kata video Bersih 2.0 yang dijhasillkan oleh PDRM dan ditayangkan nanti di RTM dan TV2 sahaja boleh dilihat. Dan sudah pasti surat khabar hanya Utusan dan Berita Hairan sahaja boleh dibaca. Yang lain semua tak boleh ditonton dan dibaca .....penipu dan pembohong.

Seperti kata Ustaz Idris Ahmad, Rais dan kerajaan Umno/BN sekali lagi buat lawak untuk menggelikan hati rakyat. Rais kena faham bahawa rakyat sudah tidak percaya TV 'Hitam Putih' RTM dan TV3. Rakyat juga sudah muak dan tidak percaya kepada surat khabar 'Mesin Taip Buruk' seperti Utusan dan Berita Hairan.

Tidak perlu Rais buat lawak untuk gelikan hati rakyat. Cukuplah program Maharaja Lawak untuk menghiburkan rakyat yang sememangnya sudah celik maklumat. Mereka menonton TV dan membaca surat khabar yang didewakan Rais hanya untuk mendapat maklumat tentang sukan dan rancangan TV. Ataupun kalau kaki ekor mereka baca surat khabar untuk tahu keputusan 'Ekor' sebab Umno/BN tidak haramkan Ekor.

Comments

Anonymous said…
RTM.TV3 selayaknya hanya wujud sekitar 60an dan 70an.

Heboh sekali nak siarkan di TV, tapi video klip nampak sama tiap-tiap malam. Hanya ulasan murahan.

Mereka ini fikir rakyat bodoh, tapi mereka yang sebenarnya bodoh.

Dah terang-terang dalam You Tube masih lagi nak cuba-cuba edit sana edit sini.