Rakyat sangat kesal dengan sikap SPR dan kerajaan yang berlakon tidak faham dan mencari pelbagai alasan di atas gesaan dan cadangan supaya penambahbaikan dijalankan terhadap sistem pilihanraya di negara kita. Jika pegawai-pegawai SPR memang tidak faham dan tidak pandai untuk membuat penambahbaikan tersebut sewajarnya mereka meletakkan jawatan. Sudah tentu ramai lagi orang lain yang lebih berwibawa dan bertanggungjawab untuk melaksanakan amanah negara ini.
Sudah jelas lagi bersuluh penyelewengan dan penipuan dilakukan terhadap jantung kepada sistem pilihanray iaitu Daftar Pemilih. Jika daftar pemilih sudah penuh dengan keraguan dan penyelewengan bagaimana sebuah pilihanraya adil hendak dilaksanakan kerana daftar pemilih merupakan perkara yang amat penting dalam sesebuah pilihanraya.
Dalam beberapa forum yang dilangsungkan baru-baru ini Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar menyalahkan sistem dan orang lain yang menyebabkan segala masalah itu berlaku sedangkan SPR sendiri mempunyai kuasa dan peruntukan tertentu untuk penambahbaikan tersebut. Selain itu SPR juga sepatutnya bertindak lebih agresif mencadangkan kepada pihak terbabit untuk penambahbaikan tersebut. Tetapi apa yang sebaliknya berlaku ialah SPR hanya mengikut telunjuk pihak tertentu dalam hal ini. Mana-mana sistem yang dilihat tidak memberikan kelebihan kepada pihak pemerintah cadangan itu sudah pasti tidak akan dilaksanakan.
Jika SPR ikhlas untuk mencadangkan kepada pihak berkuasa untuk melaksanakan pembaharuan tersebut sudah pasti rakyat dan BERSIH akan berdiri teguh di belakang SPR.
Amat malang bagi negara kita apabila sebuah badan bebas yang sepatutnya bertindak dengan telus dan adil dilihat lebih cenderung untuk mengekalkan kuasa parti pemerintah sekarang.

Comments