Sebahagian besar tahanan akan saman Polis?

Sebahagian dari orang ramai yang ditahan Polis sebelum, semasa dan selepas Himpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu akan membuat laporan Polis kerana membuat tangkapan tanpa sebab; tangkapan diluar kawasan; tidak membenarkan orang kena tahan menghubungi keluarga yang bertentangan dengan seksyen 28 A (2) Kanun Prosedur Jenayah; dan lain-lain sebab yang telah dikenalpasti oleh peguam masing-masing. Mereka juga akan membuat pertimbangan untuk menyaman Polis.

Antara yang paling awal membuat laporan Polis ialah 2 Naib Presiden PAS iaitu Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.


Harakahdaily melaporkan bahawa Mahfuz mempersoal penangkapan beliau yang dibuat tanpa dinyatakan alasan kepada mereka pada hari tersebut.

"Saya tanya apa alasan saya ditahan. Seorang anggota polis bertanya pula kepada saya adakah saya tak tahu hari ini (9 Julai) saya tidak dibenarkan masuk KL," kata Mahfuz."Saya kata, KL sentral tidak tidak termasuk dalam kawasan yang disebut dalam perintah larangan itu," tambahnya yang juga ahli parlimen Pokok Sena.Tidak mengindahkan penjelasan itu, polis kemudiaan dakwanya terus menangkap mereka.

Pihak Lajnah Undang-undang PAS dilaporkan sedang mengkaji semua tangkapan yang berjumlah lebih dari 1000 dan jika terdapat perkara-perkara yang menyalahi undang-undang mereka tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.


Comments