Pilihanraya hampir, makin banyak Projek berjuta diumumkan Najib

Tanda-tanada PRU 13 hampir semakin jelas. Hari ini Najib mengumumkan projek jutaan ringgit kepada rakyat demi untuk menawan hati mereka. Najib melayan rakyat sama seperti rakyat era 60-an dan 70-an iaitu dengan projek pembangunan. Dia tidak sedar bahawa itu era Allahyarham Tun Ghafar Baba, rakyat masih dahagakan pembangunan dan tidak faham bahawa projek-projek memang tanggungjawab kerajaan bukannya untuk bahan kempen.

Hari ini Najib mengumumkan peruntukan RM1.1 juta kepada tujuh buah sekolah menengah jenis kebangsaan (SMJK) Cina dan sekolah persendirian di Kedah. 


Sekolah Menengah (Persendirian) Sin Min Sungai Petani dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan(SMJK) Keat Hwa masing-masing menerima sumbangan RM200,000.

Selain itu, SMJK Keat Hwa 2, SMJK Chio Min, SM (Persendirian) Keat Hwa, SM (Persendirian) Sin Min Alor Setar, SMJK Sin Min Sungai Petani dan jawatankuasa Perayaan Ulang Tahun Ke-100 SMJK Keat Hwa masing-masing menerima peruntukan RM100,000.



Kerajaan Persekutuan juga memperuntukkan sebanyak RM1.12 juta untuk pembesaran Masjid Al-Rahmah, Taman Wira Mergong di Alor Setar yang dibina sejak 20 tahun lalu. 


Najib cuba mengambil hati rakyat Kedah berketurunan Cina dan Melayu. Jelas sekali minda pemimpin Umno/BN ini sama sahaja samada Ketua Cawangan atau Presiden parti. Apa yang mereka fikirkan bahawa rakyat boleh disogokkan dengan pembangunan sedangkan rakyat sekarang adalah rakyat zaman internet zaman dunia tanpa sempadan, mereka memikirkan jauh dari itu.


Saya yakin semakin banyak projek yang dilonggokkan kepada rakyat semakin kuat rakyat menyokong PR kerana mereka tahu mereka akan dapat lebih banyak habuan jika menolak BN.

Rakyat hari ini mahukan hak asasi mereka ditunaikan, sistem sosial yang adil dan telus, demokrasi yang tulen, kebajikan mereka dijaga, suara mereka didengar, harga barang yang rendah, tiada diskriminasi, sebuah kerajaan yang adil, pemimpin berakhlaq tidak rasuah, pemimpin yang tidak mengumpul kekayaan untuk diri sendiri dan kroni serta lain-lain lagi.



Mengapa pemimpin BN begitu bengap???????

Comments