Saya menggesa Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha SPR meletakkan jawatan serta merta kerana kegagalan mereka memastikan Daftar Pemilih telus dan BERSIH.
Pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh parti-parti politik, blogger dan orang perseorangan tentang kecelaruan dan keraguan dalam daftar pemilih jelas membuktikan kelemahan SPR. Pendedahan ini sudah lama disuarakan bukan setahun dua ini sahaja malah puluhan tahun namun SPR tidak melakukan tindakan yang agresif sehingga sekarang.
PAS baru-baru mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya 17,000 nama bertindih dalam daftar pemilih di mana pemilih yang sama mempunyai 2 nama dalam daftar pemilih yang menyebabkan mereka boleh mengundi 2 kali.
Selain itu masih banyak nama-nama pengundi yang telah lama meninggal dunia masih ada dalam daftar pemilih. Jika kad pengenalan orang yang mati ini dikeluarkan secara rahsia kepada pendatang asing atau sesiapa sahaja, maka mereka boleh mengundi. Ini juga telah pernah berlaku.
Terdapat juga dakwaan pengeluaran kad pengenalan kepada pendatang asing secara beramai-ramai. Ada pihak mendakwa mereka ini kemudian didaftarkan sebagai pemilih yang sah. Sebab itu banyak bantahan dilakukan ke atas pengundi baru di Kelantan dan Kedah. Bila pengundi ini dipanggil untuk perbicaraan kerana bantahan tersebut, mereka tidak hadir. Akhirnya nama mereka dapat dikeluarkan dari daftar yang sah. Itu yang kita dapat kesan bagaimana dengan nama-nama yang tidak dapat dikesan kerana kelemahan jentera parti dan sebagainya.
Banyak lagi kecelaruan lagi yang jelas menunjukkan kelemahan SPR atau ianya sengaja dirancang untuk memberikan kelebihan kepada pihak tertentu.
Saya sekali lagi menegaskan pengerusi, T.Pengerusi dan setiausaha SPR mesti meletakkan jawatan serta merta.

Comments