Pasca Bersih 2.0 : Semakin ramai mengadu dikasari dan diancam bunuh

Malaysiakini melaporkan bahawa beberapa peserta perhimpunan BERSIH menggesa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyiasat dakwaan keganasan polis yang dialami mereka semasa perhimpunan itu Sabtu lalu.Diketua ahli jawatankuasa pemandu BERSIh 2.0, Maria Chin Abdullah, kira-kira 30 peserta menyerahkan memorandum kepada timbalan pengerusi Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee di ibupejabat suruhanjaya itu di Kuala Lumpur hari ini.

Antara yang membuat pengaduan ialah Azhar Kassim, anak saudara Allahyarham Baharudin Ahmad; Aktivis dari Sarawak Hii Tiong Huat; Liew Seng Tat, yang dikasari Polis berdekatan Hospital Tung Shin, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, yang dilanggar oleh Land Rover Polis dan seorang Pemuda India yang hanya dikenali sebagai Arun.

Selain mereka ini beberapa orang yang  cedera ialah Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim; Ahli Jawatakuasa PAS Pusat, Khalid Samad; Pengawal Peribadi Anwar Ibrahim dan lain-lain. Kita juga dapat melihat ribuan peserta Himpunan Bersih yang dikasari dengan gas pemedih mata, air kimia dan juga tindakan-tindakan ganas sebagaimana yang ditunjukkan di stesyen TV swasta dan antarabangsa selain dari internet.

Comments