Kuning Merah Hitam Jingga
Warna Hijau cantik menawan
Mengapa takut pada warna
Semua itu ciptaan Tuhan
Warna Kuning menggerunkan Umno
Pantang pakai kena tahan
Mengapa maju tetapi kuno
Dengan rakyat diajak berlawan
Himpunan Bersih cukup aman
Tiada rusuhan tiada keganasan
Polis pukul rakyat tak lawan
Itulah mereka pencinta kezaliman
Cina India Kadazan Melayu
Semua hadir berarak bersama
Mengapa fitnah tuduh melulu
Tanpa bukti tanpa fakta
Rakyat berhimpun dengan aman
Negara maju tiada paksaan
1000 lebih kena tahan
Inilah bukti zalimnya pemerintahan
Tiada senjata tiada kudrat
Datang berhimpun bersama kawan
Dipukul patah tulang empat kerat
Rakyat dilayan macam haiwan
Mabuk kuasa tamak kuasa
Orang Jahat takut jatuh
Rakyat bersedih pemerintah gembira
Semua ditahan kalau taj patuh
Hak asasi dicabul mereka
Semua undang-undang jadi mainan
Rakyat dimaki disepak dihina
Semua senyum tidak melawan
Rakyat lemah tidak kebal
Keganasan dan kezaliman depan mata
Pihak berkuasa tambah bebal
Hentam dan tangkap tak kira masa
Nasi Beriani jadi siulan
Di jaja ke sana di jaja kemari
Apakah rakyat akan maafkan
Kezaliman pencacai tidak terperi
Hanjing buruan taatkan tuan
Hanjing tua tak lalu makan
Baling batu sembunyi tangan
Takkan terlepas di Hari Kemudian
Tembak gas bagaikan dirasuk
Kena badan dan juga rusuk
Kalau hati sudah busuk
Hidayat dan petunjuk takkan masuk
Rakyat dizalimi bersolat hajat
Berdoa mohon semua selamat
Hati busuk sudah tersemat
Tiada kasihan tiada cermat
Comments