Najib tak perlu loghat nasihatkan kami, lebih baik pastikan Pemuda Umno tidak bertindak ganas

Perdana Menteri tak perlu loghat menasihati para peserta demonstrasi Bersih 2.0 kerana kami semuanya tidak berniat untuk membuat huru hara seperti para pendemo Umno/BN. Sejarah telah membuktikan bahawa demo yang dianjurkan oleh PR adalah aman, tenang dan bersih jika tidak ada provokasi dari Polis dan samseng jalanan Umno serta perkasam.


Najib dalam kenyataan balas tentang kesanggupan Bersih mengadakan demonstrasi di stadium berkata kerajaan bersedia memberikan kebenaran untuk demonstrasi di Stadium dengan beberapa syarat. 

"Pergi dengan aman, berkumpul dengan aman dan pulang dengan aman" kata Najib hari ini.


Bagi saya Najib tak perlu loghat. Lebih baik Najib nasihatkan pemuda Umno dan Perkasam supaya kalau hendak berdemo lakukan secara baik dan aman tidak seperti yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini di mana mereka memecahkan cermin kereta dan sebagainya.





Comments

Anonymous said…
bersih la sngat..pahtu pare, bom tu nk wk gp bro??nk lepa atah miko ambingok ko..