Najib penipu, dia hanya layak jadi Suami Rosmah - kata Mat Sabu

Timbalan Presiden, Mohamad Sabu berkata Najib adalah seorang penipu dan tidak layak menjadi Perdana Menteri. 

"Mula-mula dia kata kita boleh guna mana-mana stadium, dan bila kita minta jumpa dia, dia menafikan permintaan kita, Najib seorang penipu, dia tidak layak untuk memimpin Malaysia".

"(Untuk letak jawatan) terpulang padanya, tetapi dia seorang penipu. Sekurang-kurang kata awak akan siasat (tentang dakwaan keganasan Polis)....dia hanya layak menjadi Suami Rosmah (Mansor)" kata Mat Sabu dalam kenyataannya kepada wartawan ketika melawan Bangunan Dewan Undangan Negeri Selangor dengan kerusi roda hari ini. 


Kenyataan beliau ini disiarkan oleh Portal Malaysiakini hari ini.

Mat Sabu juga sempat menunjukkan kesan luka dikakinya akibat dilanggar oleh Land Rover Polis ketika dibawa dengan sebuah motorsikal untuk ke tempat Himpunan tersebut.

Kecederaan itu dilihat sedikit tetapi hakikatnya Mat Sabu akan menjalani pembedahan pada hari Jumaat.


Sementara itu Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad juga tercedera di kepala terkena tembakan canister gas pemedih mata (gambar kanan).



Sumber : Malaysiakini

Comments