Najib digesa hantar Hishamuddin untuk ujian EES dan susun semula pasukan Polis - Matthias Chang

Memalukan!!!! Itu yang boleh dikatakan kepada Perdana Menteri Najib Razak apabila penyokongnya sendiri mula menghentam beliau kerana gagal menguruskan himpunan Bersih 2.0 dengan baik dan matang.

Bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamed), Matthias Chang menyifatkan Najib gagal melaksanakan cadangannya sendiri agar perhimpunan dijalankan di stadium dan disifatkan pemimpin 'flip-flop' atau 'kluk-klek'. 


Sekali Najib kata boleh guna Stadium kemudian kata diam membisu, bila Bersih minta berjumpa untuk membincangkan isu penggunaan Stadium dia kata tak perlu jumpa cukup untuk berbincang dengan Polis dan anak buahnya sahaja. Akhirnya satu Stadium pun tidak dibenarkan.


Dalam tulisannya, Matthias memberikan masa sekurang-kurangnya 10 bulan kepada BN untuk boleh membetulkan balik kesilapan cara BN mengendalikan perhimpunan Bersih 2.0 ini.

Beliau juga menggesa Najib menghantar sepupu beliau, Hishamudin Husein iaitu Menteri Dalam Negeri untuk dianalisa  jiwanya  untuk “Enlarged Ego Syndrome” (EES) dan menyusun semula semua pegawai kanan Polis Diraja Malaysia.

Kita semua yakin rakyat Malaysia menyokong saranan Matthias Chang ini kerana jelas sekali lagi bahawa Hishamuddin dan Polis gagal menjalankan tugas mereka dengan baik dan professional semasa Himpunan Bersih 2.0. Kegagalan mereka berdua ini juga merupakan kegagalan Najib yang dilihat lepas tangan dalam isu ini.


Sumber : Harakahdaily

Comments