MIC patut kaji semula keahlian mereka dalam BN

NONESokongan masyarakat India kepada kerajaan BN masih menjadi persoalan, kata presiden MIC G Palanivel, yang juga mengakui partinya dan juga BN hilang sebahagian besar sokongan pada pilihan raya umum 2008.

"Kami (masyarakat India di Malaysia) hanya dibantu semasa pilihan raya kecil dengan pemberian kecil, peruntukan kerdil untuk sekolah, kuil, pinjaman mudah - (tetapi) kami perlukan bantuan berkenaan dalam skala besar. Hanya dengan itu, masyarakat India akan kembali menyokong kerana tidak ada sesiapa yang boleh kami harapkan kecuali kerajaan BN,” katanya pada sidang media hari ini yang dilaporkan oleh Malaysiakini.



Bagi saya MIC wajar mengkaji semula keahlian mereka dalam gabungan BN kerana kehadiran MIC hanyalah sekadar penumpang. Orang India dipermainkan dengan gula-gula politik di sepanjang musim pilihanraya. Bila tiada pilihanraya orang India ditinggalkan begitu sahaja.


Kesedaran Palanivel dalam isu ini sepatutnya menginsafkan beliau supaya keluar dari BN dan menyokong PR. 


PR ternyata gabungan yang lebih telus dan adil. Buktinya di negeri-negeri PR semua rakyat tanpa mengira kaum mendapat bantuan tanpa adanya diskriminasi. Sudah tentu jika MIC menyokong PR dan ditakdirkan PR berjaya menawan Putrajaya sudah tentu nasih masyarakat India lebih terbela.

Comments