Mat Sabu pembohong, esok dia jawab

Ramai pihak khasnya Polis seolah-olah menuduh Mat Sabu berbohong apabila menyatakan bahawa Timbalan Presiden PAS itu tidak dilanggar oleh Polis malah motorsikal yang dinaikinya jatuh sendiri terlanggar pembahagi jalan kemudian bergesel dengan Pajero Polis.

Mat Sabu pula mendakwa motorsikal yang dinaikinya dilanggar oleh Kereta Waja Polis.

Video yang ditunjukkan oleh Polis (Video zaman 60-an/70-an hitam putih) tidak menunjukkan bagaimana Mat Sabu jatuh kerana ia dilindungi oleh Pajero Polis. Memang terdapat kereta Waja Polis dibelakang Pajero itu. Jadi kita tidak nampak di dalam Video hitam putih itu samada Mat Sabu dilanggar atau tidak. Kemungkinan ia dilanggar oleh Waja itu memang besar.

Kita juga tidak dapat melihat dengan jelas samada orang yang membonceng di belakang Motorsikal itu Mat Sabu atau tidak kerana mutu Video itu sama sahaja dengan Video Seks memfitnah Anwar.

Jadi siapa yang berBOHONG, Kita semua tahu zaman sekarang ini orang sanggup berBOHONG semata-mata untuk menjaga periuk nasi dan pangkat mereka.

Orang sanggup berBOHONG kerana hendak membodek dan untuk naik pangkat.

Esok Mat Sabu akan menjawab isu ini di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal Melaka. Semua rakyat Melaka dijemput hadir.

Comments