Mampukah Nasi Beriani RM25 menggantikan Nyawa Baharuddin?

Polis berulang-ulang kali mengungkit bahawa mereka memberi layanan amat sopan dan baik kepada rakyat yang ditahan pada Himpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu. Namun mampukah Nasi Beriani yang kononnya berharga RM25 satu kepala 'membeli' kedurjanaan Polis, kesakitan dan kesedihan mangsa-mangsa kekejaman pada Himpunan tersebut :-

1) Mampukah kesedihan keluarga Allahyarham Baharuddin dan nyawa beliau dibayar dengan RM25 itu.?


2) Mampukah kecederaan yang dialami oleh Mohd Sabu, Anwar Ibrahim, Khalid Samad dan beribu-ribu peserta Himpunan dibayar dengan RM25 itu?


3) Mampukah imej negara kita yang tercalar dengan sikap tidak bertamadun pihak berkuasa menyepak, memijak dan memukul serta menembak gas pemedih mata, menyembur air kimia dan sebagainya (seperti yang dibuktikan dalam video klip jurugambar bebas dan stesyen TV luar negara) dibayar dengan RM25 itu.?

6) Mampukah jutaan duit rakyat yang hangus semata-mata digunakan untuk menghalang dan menzalimi peserta Himpunan Bersih ditebus dengan RM25 itu?

Mampukah, mampukah, mampukah SILA JAWAB DENGAN JUJUR!!!!!!!!!!

Comments

ShAsHa said…
Semoga insan yang menipu serta menzalimi orang lain akan menerima balasan yang setimpal dan semoga insan dan rakyat yang meletakkan diri dan sedar diri akan dilimpahkan berkat dan rahmat ALLAH s.w.t