Malaysia kalah sebab tak pakai baju kuning?


Ramai peminat-peminat bolasepak Malaysia bergurau bahawa kegagalan Malaysia melayakkan diri pusingan seterusnya dalam pusingan kelayakan Piala Dunia adalah disebabkan pasukan kita tidak memakai baju kuning Harimau Malaya yang garang.



Pada kedua-dua perlawanan Malaysia memakai baju Biru berbanding Singapura yang memakai baju merah garang.


Malaysia tewas pada perlawanan pertama 3-5 dan sekadar seri pada perlawanan malam tadi 1-1.walaupun mendahului Singapura pada satu ketika 1-0.

Peminat Malaysia yakin jika pemain-pemain memakai jersi kuning mereka lebih bersemangat dan yakin menentang musuh.

Mengapa Malaysia tidak memakai baju Kuning sedangkan jersi kuning adalah jersi yang sinonim dan jersi utama kita sejak zaman berzaman. Apakah ianya ada kaitan dengan ketakutan kerajaan dan pemimpin Umno/BN yang fobia dengan warna kuning???????????????????????

Comments