Sehari dua ini 2 orang bekas menteri Umno iaitu Tengku Razaleigh Hamzah dan Kadir Sheikh Fadzil bercakap mengalahkan pemimpin PR. Mereka membicarakan tentang ketelusan pilihanraya, perpaduan kaum, rasuah dan pelbagai lagi yang jelas senada dengan pandangan PR.
Mereka bercakap tentang apa yang dikatakan sebagai POLITIL BARU politik yang merentasi sempadan kaum, agama dan bangsa bukannya POLITIK LAPUK yang digagaskan Umno/BN yang terus menerus menjadikan isu perkauman, agama dan fitnah sebagai senjata untuk terus mabuk berkuasa.
Sungguh indah dan hebat Ku Li dan Fadzir bermadah dan berperi sehingga seolah-olah mereka menjadi jurucakap PR dan BERSIH 2.0.
Dalam kenyataanya kepada media Kadir Sheikh Fadzir berkata sekiranya pilihanraya di negara ini benar-benar dilaksanakan dengan bersih dan adil, tidak mungkin pertikaiaan mengenainya berlaku sehingga menyebabkan pelbagai protes dilakukan secara berterusan oleh pelbagai pihak termasuk parti-parti politik, NGO-NGO di tanah air dan pelbagai pihak lain.
Berucap pada majlis pelancaran sebuah NGO baru, Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra, di sini, baru-baru ini, beliau menyarankan kerajaan memperbaiki keadaan itu demi kepentingan negara.Sehubungan itu, beliau menyarankan kerajaan agar mengambil pendekatan yang baik dengan turut menerima cadangan-cadangan yang baik dari rakyat termasuk dari Bersih 2.0.
Menurutnya untuk memperbaiki perkara itu, Datuk Ambiga turut mencadangkan agar SPR turut dianggotai wakil-wakil NGO. Saya kira cadangan itu adalah sesuatu yang baik yang patut diterima oleh kerajaan.
Keadaan yang teruk di negara ini, menurut beliau, selain pilihanraya tidak bersih, juga boleh dilihat dari pelbagai sudut lain termasuk amalan rasuah, kronisme, salahguna kuasa, penyelewengan, kerosakan moral dan sistem sosial, kehancuran perpaduan kaum dan hilangnya rasa hormat menghormati antara satu sama lain.
Comments