Kesal dengan tindakan gantung Wakil Rakyat 6 bulan

PAS Kawasan Bukit Katil hari ini melahirkan kekesalannya di atas pergantungan 3 orang Wakil Ralkyat DAP selama 6 bulan dari menghadiri Persidanan Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka. Pergantungan itu diputuskan semalam.

Tindakan menggantung Ketua Pembangkang, YB Goh Leon San, Adun Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong dan Adun Bandar Hilir, YB Tey Kok Kiew merupakan tindakan zalim dan tidak bertanggungjawab.Kesemua mereka digantung kerana dikatakan enggan mematuhi arahan dari Speaker.

Pada Hari pertama lagi Goh telah diarah keluar Dewan dan digantung 3 hari kerana mempertikaikan tuduhan Exco Kerajaan Negeri, Yunos Hussin yang menuduh judi sebagai sebahagian daei budaya orang Cina.

Sepatutnya Speaker memberikan peluang untuk pembangkang berhujah dalam isu budaya Cina ini kerana ianya melibatkan maruah seseuatu bangsa apatah lagi ia dikaitkan dengan perkara yang tidak elok iaitu judi. 

Comments

Anonymous said…
Lu sapa nak bagi nasihat? malu la sket woii..