Kerajaan TIADA BELAS KASIHAN pada rakyat?


Tindakan kerajaan menaikkan kadar faedah bagi mengawal inflasi, sebenarnya adalah suatu tindakan yang tiada BELAS KASIHAN kepada rakyat. Tindakan itu menyebabkan rakyat terpaksa berbelanja lebih dan bebannya semakin berat untuk ditanggung.

Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas telah menyebabkan peningkatan kos tambahan sekurang-kurangnya RM50 bagi keluarga yang mempunyai pinjaman perumahan RM280,000. 


Nilai itu adalah harga purata sebuah rumah kos sederhana di kawasan bandar dan pinggir bandar.Ditambah pula dengan kos elektrik yang naik hampir dua kali ganda bagi mereka yang bilnya lebih RM77 sebulan (akibat kenaikkan tarif), kenaikkan harga petrol, kos makanan, kos pendidikan semuanya akan menjadi beban khususnya apabila gaji tidak pula naik.

Jelas sekali dasar kerajaan sekarang bukan sahaja TIDAK MESRA rakyat malah membebankan dan menekan serta menzalimi rakyat.

Sumber : Kenyataan Rafizi Ramli di Malaysiakini.

Comments