Kerajaan Negeri Melaka abaikan peniaga kecil biarkan masalah bertimbun sehingga berjumlah 890 kes

Kerajaan Negeri Melaka gagal menyelesaikan 890 masalah peniaga kecil Bumiputera negeri Melaka. Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Redzuan Abdullah berkata masalah tersebut terdiri dari pelbagai bentuk.

Beliau keengganan Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam bekerjasama dengan pertubuhan itu bagi menyelesaikan permasalahan itu menyebabkan beliau membawa perkara itu ke pengetahuan Perdana Menteri Najib Razak.

Kenyataan Redzuan disiarkan dalam akhbar Sinar Harian hari ini.

Ternyata kerajaan negeri gagal memainkan peranan mereka untuk membantu peniaga kecil sehingga jumlahnya bertimbun bukannya 1 atau 2 tetapi 890 masalah. Melihat kepada jumlah ini yang begitu banyak membuktikan kerajaan negeri hanya memandang sebelah mata kepada peniaga kecil Bumiputera dan melebihkan pelabur-pelabur luar yang sudah pasti memberikan banyak impak kepada ekonomi negeri berbanding dengan sumbangan peniaga kecil.

Comments