Jangan adakan Pilihanraya selagi Daftar Pemilih tidak diBERSIHkan, SPR mesti MOHON MAAF


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara tidak langsung telah mengakui wujudnya "klon" kepada kad pengenalan pengundi dalam daftar pemilih yang dikeluarkan mereka.
Pengakuan itu dibuat Timbalan Pengerusi SPR  Wan Ahmad Wan Omar selepas 16 hari himpunan Bersih 2.0 berlangsung.
Kenyataan tersebut disiar di akhbar The Star bertarikh 24 Julai 2011 di bawah tajuk  ”EC: Help us purge ‘clones’ from electoral roll”.
Beliau antara lain menyatakan bahawa pengundi hantu benar-benar wujud dalam daftar pemilih SPR dan meminta parti politik dan individu tertentu tampil memberi maklumat kepada SPR untuk membersihkan daftar pemilih.
Oleh itu saya menggesa SPR tidak mengadakan Pilihanraya sehingga semua 'hantu-hantu' ini diBERSIHkan dari Daftar Pemilih. Saya sendiri mendedahkan 2 contoh di mana berlakunya nama-nama pengundi yang di'duplicate'kan yang mana nombor kad pengenalan lamanya sama cuma berbeza ejaan nama dan ejaan binti. Walaupun nombor kad pengenalan barunya berlainan tetapi mengapa SPR membenarkan pengundi yang mempunyai nombor kad pengenalan lamanya sama mendaftar 2 kali. Atauupun memang ianya sengaja dibuat begitu untuk membolehkan pengundi itu mengundi 2 kali.
Tindakan SPR yang mengaku perkara ini jelas membuktikan bahawa selama ini pegawai-pegawai tertinggi SPR menipu dan membohongi rakyat. Mereka mesti memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia dan segera menyelesaikan masalah tersebut.
Selagi isu ini tidak diselesaikan JANGAN ADAKAN PILIHANRAYA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Comments