Jaga rakyat jangan jaga Umno - Mohd Sabu

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mendesak pihak Polis supaya tidak bekerja untuk Umno dan berpihak kepada parti itu sebaliknya mereka hendaklah menjaga rakyat. Beliau menasihat Polis supaya menjaga rakyat bukannya menjaga Umno.

"Jika esok BN pergi (Kalah) anda masih berada di sini" kata Mohamad Sabu merujuk kepada tindakan Polis yang bertindak ganas pada Himpunan Bersih Sabtu lalu.


"Tetapi jika kamu menjaga Umno, jika Umno tumbang, kamu juga akan tumbang". "Masa masih belum terlamvat untuk bertindak professional semasa anda menjalankan tugas....jangan bekerja untuk Umno, yang mana di dalamnya amat buruk"


Beliau berkata demikian dalam ceramahnya di Tapak Ekspo Seberang Jaya malam tadi.

Mohamad Sabu juga mengajak para hadirin melaungkan Najib pembohong!, Najib Pembohong! atas tindakannya yang 'flip flop' dalam menangani Himpunan Bersih 2.0.

Beliau yang tercedera pada Himpunan tersebut berceramah di atas kerusi roda. Jumaat ini Muhammad akan menjalani pembedahan kaki akibat kecederaan akibat dilanggar oleh Land Rover Polis ketika beliau membonceng motorsikal untuk pada Himpunan tersebut. 

Turut sama menyampaikan ceramah ialah Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. Kira-kira 5,000 pendengar hadir.


Comments