Semalam Presiden Perkasam, Berahim Ali menyatakan bahawa Datuk S.Ambiga tidak harus dibenarkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berhubung perhimpunan haram yang hendak dianjurkannya memandangkan pertubuhan yang diketuainya adalah tidak sah.
Berahim seterusnya berkata Ambiga sepatutnya patuh kepada titah Seri Paduka Baginda supaya membatalkan perhimpunan yang dicadangkan itu tanpa perlu menghadap Yang di-Pertuan Agong.
Katanya, tujuan Ambiga mahu menghadap Yang di-Pertuan Agong kononnya bagi mendapat titah supaya beliau membatalkan perhimpunan haram itu semata-mata untuk mengabui mata rakyat kerana selepas itu, kumpulan berkenaan akan mendakwa ia berjaya dalam “perjuangannya”.
"Kenapa perlu menghadap Yang di-Pertuan Agong? Kumpulan ini tidak sah. Juga (jika dibenarkan menghadap) ia akan menjadi ikutan kurang baik serta mempersendakan institusi diraja,” kata Ibrahim yang disiarkan dalam Bernama.
Namun hari ini Seri Paduka Baginda, Yang Dipertua Agong sebagai payung kepada rakyat berkenan menerima menghadap Ambiga, Samad Said, Zaid Kamaruddin wakil Bersih 2.0. Ini membuktikan bahawa baginda adalah seorang yang adil dan sentiasa mengambil berat kebajikan rakyat tidak seperti pimpinan BN dan Berahim yang hanya mementingkan diri.
Agaknya bila Presiden Perkasam mengetahui Bersih diterima memghadap beliau demam dan terus pengsan.
Comments
Kenapa Ambiga pergi dengan tangan kosong? Patutnya bawa sekali memorandum BERSIH dan serah pada YDP Agong. Habis cerita.