Himpunan BERSIH 3.0 mungkin diadakan - Anwar


Anwar tidak menolak kemungkinan akan diadakan satu lagi perhimpunan selepas kejayaan mengumpulkan ribuan penyokong Bersih 2.0. semalam.
“Kami belum membincangkan perkara itu, tetapi kami tidak menolak opsyen-opsyen kami,” kata Anwar pada program dialog Professional Muda di Petaling Jaya hari ini.
Anwar Ibrahim juga memberitahu pesaing politiknya Najib Razak agar meneliti dengan berhati-hati ketegangan di peringkat akar umbi ekoran kejayaan Himpunan Bersih 2.0 semalam, dan tidak cuba menutup kebenaran dengan pembohongan.

Sehubungan itu Ketua Pembangkang ini berkata pentadbiran Najib cuba membohongi rakyat dengan memberikan maklumat tidak betul mengenai sambutan penyertaan dalam perhimpunan anjuran Bersih.

Sumber : Malaysiainsider

Comments