Hadiah bendera pada rakyat, Najib memang muka tidak malu.


Jika pada 9 Julai rakyat dihadiahkan dengan air mandian percuma iaitu air kimia berasid dan ubat sakit mata (gas pemedih mata), hari ini Najib Razak dan menteri kabinet terus bermurah hati dengan menghadiahkan bendera percuma sempena bulan kemerdekaan.

Memang muka pemimpin kerajaan ini tidak tahu malu, pada 9 Julai lalu mereka melayan rakyat sendiri bagaikan penjenayah dan perompak berbahaya. Mereka ditangkap sesuka hati malah ramai yang dipukul, ditendang dan disepak terajang. Mereka dilayan bagaikan pendatang haram tanpa bekas kasihan.

Hari ini dengan muka manis kononnya mereka hendak menyerahkan bendera Malaysia. Di mana maruah pemimpin kerajaan ini. Negara kita seolah-olah bukan sebuah negara yang merdeka walaupun hakikatnya kita sudah merdeka hampir 54 tahun. Benarlah apa yang diperkatakan oleh Prof. Dr Shamsul Amri Baharuddin pada forum apa selepas 9 Julai di mana beliau berkata bahawa rakyat Malaysia masih dikongkong di negara sendiri.

Saya menggesa semua 10 rakyat yang ditangkap dibebaskan segera. Jangan tambahkan imej buruk negara kita di mata dunia setelah kekejaman 9 Julai dan peristiwa penangkapan Peguam William Bourdon.

Comments

Anonymous said…
Pertama : Masa forum Sinar Harian. Lagi-lagi si bodoh TV3 edit sana edit sini. Rakyat tidak bodohlah TV3. Kita ada full version.

Kedua : Kasihan masa pemberian jalur gemilang di KL sentral. Dalam RTM TV1, shooting kamera mereka tersekat di satu dua tempat sahaja. Apa tidaknya, mana ada rakyat jelata nak tengok. Yang ramai-ramai angkat bendera budak suruhan paksa sajalah. Najib fikir beratus-ribu rakyat nak tengok, tapi kasihan......dahlah Facebook dirinya kena hentam rakyat sendiri.